Friday, March 29, 2013

Cerkas Febuari 2011


'Manusia sering buta bila ia bahagia'

'Manusia yang bersyukur itulah manusia bahagia'

Kami senyap. Entah saling meresapi atau berkhayal-khayal sendiri.

Perbualan terhenti.


Wednesday, March 27, 2013

Quotes



"Better to write for yourself and have no public
than to write for the public and have no self"

-Cyril Connolly
Sasterawan Inggeris

Tuesday, March 26, 2013

Review 'Only Yesterday'


'Only Yesterday' adalah sesuatu yang biasa-biasa. Tidak ada masalah yang rumit; tidak ada plot yang berpusing-pusing; juga tidak ada magis yang aneh seperti filem-filem Studio Ghibli yang lain. (Kiki's Delivery Service, Spirited Away, Tales from Earthsea, juga Ponyo)

Dan, oleh perkara yang 'biasa-biasa' inilah, yang membuatkan aku menontonnya sambil mengelamun dan bernostalgia.

Sesuatu kenangan —lebih-lebih lagi di zaman kanak-kanak— tidak semestinya menggigit atau mencengkam; cukup dengan beberapa perlambangan yang tertentu, kita akan tersyahdu sendiri dengan situasi atau ransangan persekitaran yang tidak kita sangka-sangka mulanya.

Demikianlah Taeko, seorang gadis kota lewat 20-an yang bercadang untuk mencari 'sesuatu' yang berbeza dan bermatlamat. Semacam 'letih' dan terlalu selesa dengan kehidupannya di bandar Tokyo, Taeko berkira-kira untuk menghabiskan 10 hari cutinya di sebuah desa pedalaman dengan menaiki keretapi.

Dan, sejak mula perjalanannya dalam keretapi, hinggalah tempoh dia menetap sambil membantu keluarga petani, —dia benar-benar ingin merasai dan menghayati sendiri kehidupan petani-petani desa— Taeko semacam dikacaui malah terganggu dengan kenangan-kenangan zaman kecilnya.

Taeko yang kecil seakan-akan berjalan dan melintas di hadapannya. Ia terlihat sendiri pancaran-pancaran kenangan atau situasi yang sudah lama ia lupa, atau sengaja lupa; keinginan Taeko untuk 'pulang' ke desa kerana cemburu dengan rakan-rakannya yang menghabiskan masa cuti di kampung (sedang ia gadis kota sepenuhnya)  ;gosip-gosip cinta atau cinta monyetnya yang malu-malu; pengalaman kali pertama keluarganya memakan nenas —adegan yang sederhana ini digambarkan dengan sangat teliti dan mengesankan —; kenangan kali pertama dan terakhir ditampar oleh ayahnya yang pendiam dan tegas; juga kisah ragu-ragu seorang budak kecil yang selekeh dan selalu membulinya (ada bahasa isyaratnya tersendiri) — kesemua ini seolah-olah menuntut Taeko yang dewasa untuk lebih merenung dan mencari sendiri apakah sesuatu yang masih dianggap tidak 'selesai' dari zaman kanak-kanaknya.

Dan anehnya, kesemua persoalan dan tuntutan ini baru saja tumbuh dan terbangun dari kesan perjalanan fizikal dan spritualnya dari kota menuju ke desa.

Latar dan pelukisan lanskap filem ini, seperti filem-filem terbitan Studio Ghibli yang lain, sangat teliti dan memukau. Perincian dan pendetailan yang benar dan tampak realitas, semacam memberikan satu rasa nostalgia yang mendalam; aku sepertinya sangat akrab, atau pernah merasai lansung kesan berada di tempat tersebut. Paling jelas dan menjalar, tentunya kesan dari 'Whisper Of The Heart'.

Berdurasi hampir 2 jam, agak aneh untuk tidak terkesan dengan panjangnya filem ini. Ya, filem ini berjalan perlahan dan 'membosankan', namun bagi sesiapa yang mejumpai mood dan magisnya, maka akan merasai sendiri kesan realisme yang 'benar' dan 'biasa-biasa' ini.

26 Mac 2013




Monday, March 18, 2013

Baha Zain Sasterawan Negara ke-12





Berita yang 'mengejutkan' dari dunia sastera. Baha Zain dipertikaikan menerima gelaran SN ke-12 oleh SN Shahnon Ahmad.

Secara jujur, saya terlalu kerap menemui kumpulan-kumpulan puisi Baha Zain di kedai buku. Saya belek, saya teliti, dan, entah lah, memang saya lansung tak tertarik.

Saya bukanlah pakar bedah puisi tentunya. Tapi saya lekas sedar dan terghairah dengan puisi puisi yang memikat, memekat dan bersukat. Saya tidak 'merasainya' dalam baris baris puisi beliau.

Dan, secara peribadi — dari orang orang kecil saja — saya lebih senang memilih pemuisi lagenda, Suhaimi Haji Muhammad untuk dicalonkan sebagai Sasterawan Negara terlebih dahulu sebelum Baha Zain (kalau benar-benarlah tidak ada lagi yang lebih layak).

Saya bukan orang yang layak untuk mempertikai SN Baha Zain tentunya, namun tidak salah jika saya meletakkan pilihan tersendiri lebih atas dari beliau.

Juga tak lupa, ucapan tahniah sebesar-besarnya saya ucapkan untuk SN Baha Zain. 



 Suhaimi Haji Muhammad, penyair sufi dan surrealisme.

Sunday, March 17, 2013

Filem Yahudi



'Warsaw Ghetto' pernah digambarkan dengan tragis dan pilu dalam filem 'The Pianist'. Saya tak tahu kalau saya benar-benar waras untuk 'bersimpati' dengan watak utamanya, seorang yahudi yang hampir menjadi mangsa kekejaman nazi dan tragedi holocaust.

Cuma, jika saya ingin cepat terkesan dan merasai lansung bahang dan sulitnya perang, saya akan memilih 'The Pianist' tentunya. 


Sebuah filem yang benar-benar melekat dan sukar dilupakan.

Saturday, March 16, 2013

Entah lah.


Jika dibaca kali pertama kisah Rachel Corrie yang secara 'tidak sengaja' digilis oleh jentolak Israel, sudah tentu ia akan lekas merebakkan kemarahan dan simpati di mata dunia. Israel pasti didesak atau terdesak. Kemanusiaan akan menang dengan serta merta.

Kini sepuluh tahun berlalu. Dan, segala tindakan undang-undang yang diambil tidak lansung menampakkan sesuatu yang menjanjikan.

Seolah-olah seorang pembunuh yang membunuh mangsanya dengan kejam malah secara terang-terangan di depan khalayak. Siapa-siapapun akan menjangkakan ia akan dihukum gantung. Namun, oleh kelicikan dan kehalusan pengetahuan tentang undang-undang, si pembunuh akhirnya dibebaskan dari sebarang tuduhan. 


Dan kini, saya tertanya-tanya, dengan peristiwa yang sedemikian mencengkam dan membahang, siapakah yang sebenar-benar berada di atas? Kemanusiaan atau sistem keadilan?

Entah lah.

Kisah Tragis Wirawati Dunia


"...masih memakai jaket keselamatan, Rachel Corrie melutut sekurang-kurangnya 15 meter di hadapan jentolak, dan mula melambai-lambai tangannya dan menjerit, sebagaimana yang dilakukan berkali-kali oleh aktivis-aktivis ISM yang lain pada hari itu.

Apabila jentolak itu semakin menghampir, menyodok tanah-tanah tempat Rachel berdiri, dia memanjat longgokan runtuhan yang sedang ditolak oleh jentolak. Kepala dan batang tubuhnye jelas melampaui bilah jentolak, dan operator jentolak bersama pembantunya itu dengan jelas dapat melihat Rachel.

Walaubagaimana pun, jentolak itu terus mara, menyebabkan Rachel terundur, dan lenyap dari pandangan operator. Rachel cuba menyelamatkan diri, tetapi dengan cepat ditarik ke bawah jentolak. Kami berlari ke arah operator, dan melambaikan tangan kami dan mejerit. Namun, jentolak itu terus ke hadapan, sehingga Rachel sepenuhnya tertimbus di bawah jentolak. "

Saksi kejadian, Joe Carr.



16 Mac 2003 - 16 Mac 2013: genap 10 tahun pemergian Rachel Corrie, wirawati tanpa senjata yang dibunuh oleh Jentolak Israel.

Dalam Senarai Main Saya Yang Kini.



1. The Pills Won't Help You Now - The Chemical Brothers

2. Dream Lover - Faye Wong

3. California Dreamin' - The Mamas & The Papas

4. Entah Tajuk Apa - Laki Korea

Dan, er..


5. Takbir Raya.. ?

Monday, March 11, 2013

Cerkas: Bola Petang


Hari ini aku main bola.

Yang turun, macam petang semalam.

4 lawan 5.

Dan aku, macam petang semalam.

Masuk team yang 4.

Letih, macam nak mati.



Moral?

Kena lekas-lekas habiskan ijazah.

Dumyat dah tak ada orang!


Whisper of The Heart





best filem ni.


best gila.


serius best gila.


sampai aku tak reti dah nak tulis review macam mana.


tengok je lah!

Sunday, March 10, 2013

Cerkas : Orang Kahwin di Rantau.


 Angin beku di bulan November. Di petang yang merah itu Jali baru selesai bermain bola. Dia berlari-lari anak untuk lekas pulang ke rumah.

Dalam nafas yang lelah, matanya lekas menangkap sesuatu di sisi taman kecil.

Seorang wanita arab yang separuh usia di atas kerusi plastik. Di sisinya seorang wanita asia berpurdah, sedikit jauh kerusinya. Kedua-duanya saling menghadap.

Bini Jarjis?

Bukan dia baru saja keguguran? Malah.. kali yang kedua.


****

Jali sampai di rumah. Di dalam kepalanya sepertinya masih terbayang-bayang.

Wanita tua.

Bini Jarjis.

Langit  merah.


Jali tetiba dicengkam sayu.

Cerkas : Makan Malam


Jebon sedang mengalih-alih siaran tv, hinggalah dia terhenti sejenak pada siaran tv max.

" Weh, the namesake! best cerita ni." Sudir lekas menyaran. Tangannya terhenti menyuap nasi seketika.

Terpapar di kaca tv pelakon Irrfan Khan sedang memujuk Tabassum Hashmi yang baru saja menerima berita kematian ayahnya di India.

Selang satu minit selepas itu, Jebon menekan alat kawalan, mengalih siaran.

" Cerita entah apa-apa. Tak membangun jiwa."



Makan malam kemudiannya menjadi sunyi.