Apakah yang membuat seseorang diangkat sebagai lagenda? Mitos. Dan kerendahan hati yang luar biasa.
Dialah Sixto Rodriguez. Seorang pemuzik lagenda yang penuh mitos dan kerendahan hati ini.
Tuesday, June 23, 2015
Friday, June 12, 2015
Catatan 25 Mac
Tiada yang lebih palsu melainkan penyair yang bercinta sesama penyair. Kerana terlalu mabuk dan mengkhayalkan, keindahan menjadi terlalu agung. Sehingga membutakan segala ketaksempurnaan yang mereka miliki. Sylvia Plath mati bunuh diri. Assia Wevill juga turut sama. Tinggal Ted Hughes yang terus ingin bercinta dan menjemput tragedi.
Thursday, June 11, 2015
Catatan 9 Mei
Yang menarik tentang barat, mereka sentiasa punya kesedaran yang baik tentang ketaksempurnaan. Mereka meraikan rasa marah, emosi, bodoh, hodoh, dan sikap yang tidak matang sebagai proses seorang manusia. Dan mereka melihat proses ini sebagai pengalaman hidup yang indah.
Subscribe to:
Posts (Atom)