Wednesday, October 26, 2011

Tiga Kali Seminggu


Dalam beberapa catatan, T.S Elliot ada menyebut, kematangan dan keintelektual seseorang penulis adalah bilamana dia tidak melihat— atau mendedah—dirinya sendiri sebagai individu. Sebaliknya apa yang terlihat dalam dirinya sendiri adalah suatu suara kelompok masyarakat dari dekadnya.

Dia tidak lagi berbicara atau mempertanyakan kekacauan emosinya, bahkana dia menjadikan diri—dan sekeliling—sebagai suatu asas pemikiran, realiti, dan ‘jalan-jalan’ penyelesaian untuk masyarakat sekitar.

Inilah, apa yang saya kesani dalam tulisan-tulisan Faisal Tehrani lewat kumpulan cerpennya ‘Tiga Kali Seminggu’.

Untuk karya Faisal Tehrani kali ini, beliau memperlihatkan kematangan hasil tulisnya sebagai pemikir, perenung, sekaligus ‘penyelesai’ bagi sesuatu kekaburan yang jarang-jarang dapat dibaca oleh orang sekeliling.

Rugi sesiapa yang tidak memiliki naskhah ini.

Friday, October 7, 2011

The Underdog Knight


Persembahan pertarungan dari The Underdog Knight memang menarik.

Selepas gedebus air (tanda kemenangan) ia diserta petikan halus piano yang syahdu dan sangat gemersik. Dalam selingan antara setiap petikan piano, diselitkan sedikit bass drum yang dalam dan besar sebagai lambang keteguhan dan kejituan dalam kerendahan jiwa.

Ia tak seperti kebiaasan pertarungan movie yang selalunya dirancakkan dengan muzik keras dan gemilang. Malah ia jauh menghantar penonton kepada suatu perasaan yang tenang dan lembut selepas didentumkan dengan sengit pertarungan.

Ini suatu persembahan yang sangat segar sekaligus menambah keindahan di dalam aspek mencantikkan filem. Benar-benar tertarik.

Saturday, July 16, 2011

Khazanah


Himpunan Esei Pak Samad dari dekad 60-80an. Halus dan berseni. Antara buku yang memang, rasanya, hanya akan ditemui di tempat-tempat yang tak sebarangan.

Himpunan esei Pak Samad dalam dekad yang lebih mencabar. Tidak saja untuk mereka yang penulis; pelukis, pemuzik, pengarah filem, seniman, politikus, saintis, hampir kesemua akan tersentuh secara seni.

Kumpulan cerpen Pak Samad, kebanyakan dari dekad 50-an.



Monday, May 16, 2011