Tuesday, October 2, 2012
CERKAS 1
"Balik kuantan? JPJ banyak malam-malam ni.."
Motor memecut laju. Langit berkelip-kelip oleh petir. Bintik-bintik hujan mula menjadi jarum yang mencucuk.
Sungguh, terlalu payah untuk dia berlepas dari alam maya.
Monday, October 1, 2012
Al- Fatihah
"Li maza taakhharti yaa ukhti?!!"
"Asifni. As syari' muzdahimah jiddan.."
Demikian, cebisan dialog lakonan antara saya dan arwah semasa di KIBA 08. Kami mendapat pujian dari Ustaz Fared atas 'lakonan' yang memberansangkan.
Tak banyak cerita, namun, sepertinya yang mempertalikan saya dan arwah, adalah barangkali kami satu batch yang sama-sama mengambil jurusan Bahasa Arab; saya, Hafiz, Aklilah, dan Farhana. Tiba keputusan keluar, kami akan saling bertanya-tanya tentang natijah masing-masing; sekadar itu sajalah yang terhubung.
Takziah buat keluarga arwah, sahabat handainya yang pasti sangat terkesan dengan pemergian ini. Moga Allah mencucuri rahmat.
Ameen...
_______________________________________________________
*peringatan buat kita semua, ajal tidak mengira usia. Syukuri nikmat Allah atas kesihatan dan nyawa yang berbaki ini. Allah...
Friday, July 6, 2012
BUNOHAN
"Bunohan", menurut Dain Said, cuba memaparkan hubungan yang kabur dan 'senyap' di antara sesama laki; antara ayah dan anak, antara abang dan adik, juga antara sesama kawan. Jika anda pun barangkali mengesani, betapa lelaki semakin meningkat umurnya, semakin mereka tidak 'pandai' rapat dalam mengembangkan hubungan sesama mereka, sebagaimana mereka di alam kanak-kanak dan remaja dahulu. Sekurang-kurangnya begitulah andaian dan pengalaman saya.
Ketika menulis ini, saya masih dihantui penamat filem ini yang benar-benar 'mengacaukan'. Dalam beberapa tahap, saya sempat mengira jalan ceritanya mudah dan tak rumit; mengisahkan Bakar yang secekal mungkin cuba memujuk ayahnya menjual tanah-tanah di tepi pantai guna mengaut keuntungan berlipat-lipat. Di kesempatan yang lain, atau pada babak-babak tertentu, terpapar beberapa imejan dan simbolis yang semacam 'tiba-tiba' dan sempat mengaburkan inti cerita. Menjadikan saya tertanya-tanya apakah perkaitan dan perhubungan antara sesuatu yang sedang berlaku dengan sebelumnya. (tak mahu menjelaskannya kerana saya sendiri tak 'terjangkau' rahsia seni visual dan perlambangannya.)
Tidak terlalu mengenali pengarahnya, Dain Said, tetapi saya membayangkan dia sebagai susuk yang ingin 'menyampaikan' dengan jalan yang 'tak lurus' dan terus-menerus bercabang. Demikian yang saya fikir selepas melihat temu-ramahnya dalam 'The Making Of'. Juga sangat pekat penjelasan pelakon-pelakon tentang ketelitian dan kesungguhan yang benar-benar dari Dain Said dalam memastikan setiap watak itu benar-benar 'real' dan terbangun oleh 'batinnya' sendiri. Dia ingin memastikan setiap peluh yang melekit dan berminyak adalah benar dari tubuh badan pelakon sendiri, dan dia juga...garang. (Pada saya, amat penting untuk mengenal pengarah dan apakah idea-idea yang menggema dalam batin seni mereka. Dan, itulah yang sering saya lakukan dalam memilih filem-filem yang benar-benar bercerita dengan cara yang 'bermanusia'.)
Untuk filem ini, saya kelaskan sebagai terkeluar dari jalur kebiasaan filem melayu yang bodoh (maaf, saya sentiasa cuba nak habiskan filem-filem Ahmad Idham atau Razak Moheidin dll tapi tekak memang tak sah kalau tak rasa muak dan loya) , klise dan banyak guna mulut untuk nak terang sesuatu. Secara jujur, tidak terlalu menyukai 'Bunohan' barangkali ianya sedikit (atau sebenarnya memang) surrealisme, tapi tetap suatu hasil seni yang segar dan bernafas baru dalam dunia seni Malaysia.
(barangkali juga perlu menonton berkali-kali untuk lebih meresapi dan mengkhayali)
6 Julai 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
