Wednesday, November 21, 2012

KOLEKSI BUKU 'PERANTAU'


"Banyak bawa buku kali ni?"

" Tak dah."

" Bagus la. Orang balik Malaysia bawak kitab-kitab arab. Awok balik Mesir bawak buku-buku melayu..."

 bedebuk.

Bapak aku tu!

Monday, October 22, 2012

CERKAS 6

dia tersenyap di suatu sudut di beranda. malam itu terlalu berbintang.
dia terkenang suatu malam

ada burung hantu berwarna putih yang hinggap dekat di sisi.

14 OKTOBER 2012

Friday, October 5, 2012

CERKAS 5

'kadang-kadang kita perlu rasa jambu'.

'woo.. serius kau ni?'

'iyyeww..'

Thursday, October 4, 2012

CERKAS 4



"Dia curang"

"Aha"

"Dia gantung hati aku"

"Aha"

"Dia main kayu tiga"

"Aha"

"Dia banyak lari diri,
dia bla, bla, bla, bla ,bla
bla, bla, bla, bla.............................................
................................................................."







" Eh, dah tiga jam kita chat ni. Nak mintak diri dulu.."

" Lah, nak kemana. Aku tak habis ngadu lagi ni"

" Maaf. Nak pergi hospital. Lawat emak koma. Malam tadi kena langgar lari."

"oh...."

CERKAS 3



" Fathi."

" Aha"

"Berita tak baik."

"Apa"

" Kunci tertinggal. Dalam kereta"

"Melawak. Kan."

".................."



" Fuh! Fathi, nasib baik! Pintu belakang tak kunci! "

CERKAS 2



Dia cukup-cukup benci bila jiwanya meronta-ronta untuk memuat turun lagu-lagu melayu pop yang terkini.

Tapi, entah lah. Dia juga 'remaja'.

argh!

Tuesday, October 2, 2012

CERKAS 1



"Balik kuantan? JPJ banyak malam-malam ni.."

Motor memecut laju. Langit berkelip-kelip oleh petir. Bintik-bintik hujan mula menjadi jarum yang mencucuk.

Sungguh, terlalu payah untuk dia berlepas dari alam maya.



Monday, October 1, 2012

Al- Fatihah





"Li maza taakhharti yaa ukhti?!!"

"Asifni. As syari' muzdahimah jiddan.."

Demikian, cebisan dialog lakonan antara saya dan arwah semasa di KIBA 08. Kami mendapat pujian dari Ustaz Fared atas 'lakonan' yang memberansangkan.

Tak banyak cerita, namun, sepertinya yang mempertalikan saya dan arwah, adalah barangkali kami satu batch yang sama-sama mengambil jurusan Bahasa Arab; saya, Hafiz, Aklilah, dan Farhana. Tiba keputusan keluar, kami akan saling bertanya-tanya tentang natijah masing-masing; sekadar itu sajalah yang terhubung.

Takziah buat keluarga arwah, sahabat handainya yang pasti sangat terkesan dengan pemergian ini. Moga Allah mencucuri rahmat.

Ameen...

 _______________________________________________________
*peringatan buat kita semua, ajal tidak mengira usia. Syukuri nikmat Allah atas kesihatan dan nyawa yang berbaki ini. Allah...

Friday, July 6, 2012

BUNOHAN





"Bunohan", menurut Dain Said, cuba memaparkan hubungan yang kabur dan 'senyap' di antara sesama laki; antara ayah dan anak, antara abang dan adik, juga antara sesama kawan. Jika anda pun barangkali mengesani, betapa lelaki semakin meningkat umurnya, semakin mereka tidak 'pandai' rapat dalam mengembangkan hubungan sesama mereka, sebagaimana mereka di alam kanak-kanak dan remaja dahulu. Sekurang-kurangnya begitulah andaian dan pengalaman saya.

Ketika menulis ini, saya masih dihantui penamat filem ini yang benar-benar 'mengacaukan'. Dalam beberapa tahap, saya sempat mengira jalan ceritanya mudah dan tak rumit; mengisahkan Bakar yang secekal mungkin cuba memujuk ayahnya menjual tanah-tanah di tepi pantai guna mengaut keuntungan berlipat-lipat. Di kesempatan yang lain, atau pada babak-babak tertentu, terpapar beberapa imejan dan simbolis yang semacam 'tiba-tiba' dan sempat mengaburkan inti cerita. Menjadikan saya tertanya-tanya apakah perkaitan dan perhubungan antara sesuatu yang sedang berlaku dengan sebelumnya. (tak mahu menjelaskannya kerana saya sendiri tak 'terjangkau' rahsia seni visual dan perlambangannya.)

Tidak terlalu mengenali pengarahnya, Dain Said, tetapi saya membayangkan dia sebagai susuk yang ingin 'menyampaikan' dengan  jalan yang 'tak lurus' dan terus-menerus bercabang. Demikian yang saya fikir selepas melihat temu-ramahnya dalam 'The Making Of'. Juga sangat pekat penjelasan pelakon-pelakon tentang ketelitian dan kesungguhan yang benar-benar dari Dain Said dalam memastikan setiap watak itu benar-benar 'real' dan terbangun oleh 'batinnya' sendiri. Dia ingin memastikan setiap peluh yang melekit dan berminyak adalah benar dari tubuh badan pelakon sendiri, dan dia juga...garang. (Pada saya, amat penting untuk mengenal pengarah dan apakah idea-idea yang  menggema dalam batin seni mereka. Dan, itulah yang sering saya lakukan dalam memilih filem-filem yang benar-benar bercerita dengan cara yang 'bermanusia'.)

Untuk filem ini, saya kelaskan sebagai terkeluar dari jalur kebiasaan filem melayu yang bodoh (maaf, saya sentiasa cuba nak habiskan filem-filem Ahmad Idham atau Razak Moheidin dll tapi tekak memang tak sah kalau tak rasa muak dan loya) , klise dan banyak guna mulut untuk nak terang sesuatu. Secara jujur, tidak terlalu menyukai 'Bunohan' barangkali ianya sedikit (atau sebenarnya memang) surrealisme, tapi tetap suatu hasil seni yang segar dan bernafas baru dalam dunia seni Malaysia.

(barangkali juga perlu menonton berkali-kali untuk lebih meresapi dan mengkhayali)

 6 Julai 2012

Tuesday, June 26, 2012

MILYANG

Puan Lee dan anaknya kembali ke Milyang, tempat asal suaminya, yang baru meninggal dunia disebabkan kemalangan kereta.
Sebelum meninggal, suaminya selalu menyatakan hasratnya ingin kembali ke Milyang. Puan Lee, terdorong untuk menyempurnakan keinginan suaminya, berkuputusan meninggalkan Seoul dan berpindah, menjalani kehidupan baru yang lebih tenang di Milyang.

Hidupnya terlihat sederhana, walau sedikit kesulitan mendepani masyarakat sekeliling yang beragam dan bertipikal manusia pekan kecil (yang berfikiran sederhana). Keadaan mula genting dan kacau ketika suatu hari anaknya diculik, dan dia diugut untuk menyerahkan sejumlah wang. Oleh ketidakmampuannya memenuhi hasrat penculik, anaknya dibunuh kejam, dan lebih mengejutkan, si pembunuh adalah guru tadika anaknya sendiri.

Selepas kematian anaknya, Puan Lee teraba-raba mencari 'sesuatu' untuk mengisi kekosongan dan kesepian hidup. Oleh ajakan seorang teman, Puan Lee mula terpikat mengunjungi gereja, dan disana, ia mula mendekati tuhan. Persekitaran dan suasana barunya — kehidupan beragama— barangkali terlalu 'mendadak', dan cepat pula mengubah dan menyejuk hatinya untuk cuba mengampuni si pembunuh anaknya. Dia memujuk hatinya, bahawa inilah jalan yang 'sebenar' untuk memperoleh kedamaian jiwa.

Puan Lee kemudiannya ke penjara, berbual-bual bersama si pembunuh, menceritakan kehidupan beragamanya, cinta barunya kepada tuhan, seterusnya dengan tenang memaafkan kesalahan si pembunuh. Selesai bicara, Puan Lee sudah pun mula meresap setiap zarah kedamaian di sekitarnya, sebelum si pembunuh, dengan wajah yang 'bersih', menceritakan kisah cinta barunya yang mirip Puan Lee.

Si pembunuh — dengan keyakinan dan kesedaran yang tinggi — menyatakan tuhan juga telah mengampuninya, menjadikannya kini bersih dan tanpa dosa. Puan Lee terdiam. Kedamaian yang teresap mula mengalir keluar. Dalam diam-diam, dia mula keliru, meragui 'cinta' tuhannya.

Baru saja beberapa langkah menapak keluar dari bangunan penjara, Puan Lee terjatuh dan pengsan. Bermula dari itu, kekacauan dan kekeliruan batinnya mengembang. Puan Lee mula tertanya-tanya, bagaimana tuhan, dengan sebegitu mudah 'memaafkan' si pembunuh dahulu sebelum dirinya sendiri. Apakah tuhan sedang mempermainkan dia?

Beberapa kejadian selepas itu menggambarkan 'cabaran-cabaran' yang dikemukan Puan Lee kepada penganut setia agama kristian secara senyap dan sembunyi, sebagai tanda pemberontakannya kepada tuhan — itupun jika tuhan wujud menurut perkiraannya.

Kemuncak pemberontakan, ialah bilamana Puan Lee,yang semakin hilang warasnya, mula menggoda si pendeta —wakil tuhan— yang mengenal baiknya untuk berzina dengannya. Hampir saja ia mendongok ke langit, memulakan pengisytiharan kemenangannya dengan tuhan, sebelum si pendeta yang hampir tewas tiba-tiba menarik diri, membetulkan seluarnya, dan menggeleng-geleng kepala tanda penyesalan; si pendeta beralasan tuhan sedang memerhati setiap gerak-gerinya.

Oleh 'kekalahan' yang mengejut itu, Puan Lee semakin tak keruan. Dia mengelar pergelangan tangannya sendiri dan meracau-racau di tengah pekan Milyang dengan pakaian berlumuran darah. Dunia Puan Lee kemudiannya di pusat rawatan sakit mental.

Selesai pemulihan, Puan Lee kembali ke pekan Milyang, dan bertekad untuk memotong rambutnya, melambangkan keinginannya untuk memulakan kehidupan baru. Sesampai di salon, Puan Lee tersentak mendapati si tukang gunting ialah anak kepada si pembunuh. Terasa yang, sekali lagi ia ditewaskan oleh 'takdir' tuhan, Puan Lee bangkit dengan marah dan bergegas keluar dari salon.

Kembali ke rumah, Puan Lee mengambil gunting dan cermin, dan mula menggunting rambutnya, 'sendirian'...

Jumaat
27 April 2012

Tuesday, March 20, 2012

Tamr.


Julai 2011-Januari 2012


Semoga lebih aman di sana.



(beberapa kali termimpi.)