Dari
zaman kanak-kanak hinggalah kini, saya masih tidak jemu-jemu membaca
sejarah pahlawan melayu Mat Kilau; saya cepat terghairah oleh cerita
pengisytiharan dirinya setelah lama menyepi, malah, saya lekas kagum akan
umurnya yang panjang itu.
Artikel ini, saya kira, cukup
istimewa kerana ia menyingkap satu sisi baru yang belum saya ketahui;
cerita pengalaman Mat Kilau menyambut Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 di Padang Masjid Negeri.
Di tengah kepayahan dan
keuzurannya, Mat Kilau tetap gigih dan bersemangat menghadirkan diri,
melihat sendiri apa ertinya laungan kemerdekaan . Dalam keharuan mengenang
perjuangan beliau selama ini, Mat Kilau sempat bertutur kepada Abu bakar
yang menemaninya di sisi:
"Lihat, siapa fikir, saya masih tetap hidup untuk melihat kemerdekaan negara ini"
Masjid lama Pulau Tawar. Di sini Mat Kilau
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pada tahun 1969 disaksikan
oleh kira-kira 100 orang penduduk Pulau Tawar. (Foto dari Blog Pak Latip)
No comments:
Post a Comment