Friday, February 27, 2015

Pan's Labyrinth

Pan's Labyrinth membayangkan sadis, darah, sunyi, mimpi, pilu, dan lesu, dan hilang daya hidup.

Pan's Labyrith membayangkan dunia nyata yang sengsara dan betapa khayalan dan magis sangat bermakna, meskipun — barangkali—  ia memang tidak nyata.

Pan's Labyrinth membayangkan tujuan fantasi yang turut dikongsi My Neighbour Totoro, tapi dengan simpangan yang berbeza. My Neighbor Totoro memberi harapan. Pan's Labyrith menghancur harapan. Selumat-lumatnya. Ketika My Neighbor Totoro menawarkan elemen magis sebagai sandaran kekuatan untuk hidup di dunia nyata, Pan's Labrinth sebaliknya memaksa kita menyerah diri dan lebih baik mati—  demi mencapai abadi di alam magis.

Pan's Labyrinth membayangkan betapa manusia harus derita, dan jangan sesekali kita memaling dari penderitaan (dari filem ini), kerana kita adalah makhluk derita yang mesti wujud demi kebahagiaan makhluk-makhluk lain.

Pan's labyrinth membayangkan sebuah lullaby bunuh diri.


No comments: