Saturday, February 1, 2014

Islam Adalah Cara Hidup?

Tertarik dengan poin Kassim Ahmad, di dalam bukunya Menuju Jalan Pulang: Dari sosialisme kepada Islam, ketika ia mempersoalkan: Apakah agama itu sebuah cara hidup?

Apakah sesuatu "cara hidup" itu berhak memposisikan diri mereka adalah yang terbaik berbanding "cara hidup" yang lain? Misalnya saja, bangsa eropah duduk makan di atas meja sambil menggunakan sudu garpu; Orang melayu kita makan sekadar bersila dengan hanya mengguna tangan; Kaum cina pula memakai penyepit. Bolehkan masyarakat eropah mendakwa cara makan mereka lebih baik berbanding bangsa timur?

Apakah "cara hidup" Islam adalah yang paling "benar" dan "berhak" mengatasi kebudayaan kristian atau hindu, misalnya?

Kassim Ahmad lantas menunjukkan keistimewaan dan ketinggian Islam itu lansung terletak pada konsep ketauhidannya: iaitu pembebasan manusia daripada segala bentuk perhambaan - kecuali kepada Yang Maha Esa.

Konsep "pembebasan total" inilah yang menjadikan Islam itu sebuah "kebenaran" yang tidak akan ditemui atau diselesaikan oleh mana-mana falsafah dan pemikiran.

Maka itulah, untuk Kassim, setiap hal-hal yang lain dalam Islam cumalah bersifat "beraneka-ragam", plural dan boleh "diketat-longgar" dalam pelbagai bentuk seperti perkara-perkara berkaitan perundangan,hukum, politik, malah ibadah!

  

No comments: