Thursday, January 9, 2014

Cebisan Renungan Dari Muallaf.

Dalam kesemua filem-filem Yasmin Ahmad, "Muallaf" adalah filem yang paling dingin, damai dan sunyi. Temponya yang sederhana dan lembut ini penting untuk membawakan "mood" yang ingin diangkat oleh Yasmin, iaitu: "Kemaafan."

Scene yang paling indah, pada hemat saya, adalah ketika mana kedua-dua adik beradik, Ana dan Ani akan berpesan sesama sendiri untuk memaafkan dan melupakan setiap kesalahan orang lain sebelum mereka masuk tidur. Setiap malam. Dan, sedikit "ganjil" juga, mereka tidak lupa mengamalkan bacaan ayat Qursi dan doa sebelum masuk tidur.

 Kebiasaannyalah, di mata kebanyakan masyarakat kita, siapa saja yang akan menyangka si Ana dan Ani yang tidak islamik penampilan mereka , tidak pakai tudung, kerja di pub, bla bla bla...malah punya amalan dan kesedaran yang sebegini!

Saya tidak sedar betapa penting dan "besarnya" babak ini sehingga saya menontonnya kali kedua. Ini sedikit sebanyak mula mendera saya dan membuat saya tertanya-tanya: dalam dunia yang serba kompleks dan individual ini, masih ada lagikah yang sanggup merenung-renung perjalanan hidup sehariannya dan bahkan, memaafkan setiap kesalahan orang-orang sekelilingnya sebelum melelapkan mata?

Ataukah, yang lebih terbayang dan mendesak-desak di benak kita sebenarnya adalah nafsu dan keghairahan yang luar biasa untuk lebih membenci dan mencambah keinginan untuk membalas dendam?

Sukar untuk saya mewarasinya apalagi mengamalkan sendiri. Ego, dendam dan individualisme sukar dilenyapkan dalam roh zaman yang mementingkan persaingan dan kejayaan material. Namun, dari apa yang ingin dihidangkan Yasmin, sikap dan kesedaran "memaafkan kesalahan" ini sebenarnya lebih penting dan indah dari segala-galanya yang sekadar berlalu kosong ataupun kebencian dan dendam yang sering disembunyikan dalam selimut malam.
 
"It is in forgiving that we are forgiven"

5 comments:

helang timur said...

Teringat tokoh SIS pernah berkata;

"Pakai apa-apapun tak apa, asal hati baik"

Pengaruh ni pun sebenarnya dah meresap tanpa sedar dalam masyarakat, dalam kehidupan secara tak langsung. Tak hairan kalau ada kawan sejabatan sendiri, "pakai asalkan selesa."

Bahaya juga macam ini, takut tersasar.

Kemudian, ada pula suara-suara mempertahankan, tak apa, pakai tudung labuh bagai semua, yang penting dia ikut arahan Allah SWT untuk tutup aurat.

Habis tu, berdengki, mengumpat bagai tu, Allah tak suruh buang ke?

Rasa-rasa nak counter balik macam mana?

*Tapi kalau ikutkan ini, memang tak patut pun nak hukum sesiapa!

K.muhami said...

Haha, saja betul nak membawa perbincangan kepada sosok SIS yang kontroversial tu.

Saya tak minatlah nak menyokong alasan "asal hati baik" atau apa. Saya berpendapat isu moral tidak dijadikan teras dan permukaan untuk melihat seseorang. Baik dan buruk itu berdasarkan pengalaman peribadi dan spritual masing-masing. Tingkat keimanan adalah sesuatu yang tak terukur. Bergantung kepada 'pengalaman bertuhan' seseorang.

Hidayah (baca: agama) ibarat cinta. Ia datang secara misteri, tak tersengaja. Manakan mungkin orang memaksakan cinta kepada yang lain seperti pengalaman bercintanya sendiri.

Bagi saya, yang beralasan "asal hati baik" atau "bertudung membuktikan keimanan", kedua-duanya pun masih tak dapat membezakan ruang awam dan peribadi dalam beragama. Sebaiknya, tidak payah berkempen hal-hal sebegini. Nampak sepertinya lebih nak mengelat atau menunjukkan kejengkelan.

Tapi, kalau macam yang saya tulis di atas, ada jugak kecenderungan untuk berkempen hal-hal sebegini kan, hehe. Entahlah. Cuma, hemat saya, dogma memandang ruang peribadi orang sebagai pengkuran nilai moral itu sesuatu yang tak sihat.

Ke macam mana. Entahlah, saya tak arif pun isu-isu feminin ni.

kaukabun said...

Setakat ini hasil mahsul dari analisis peribadi; masalah orang kita adalah bersikap judgmental, skeptisme, dan prejudism.

Kadang-kadang pelajar agama macam kita pun jarang sangat untuk dekati mereka yang tak berpakaian macam kita. Tak berkelaku macam kita. KENAPA?

Yang salah tetap salah, tapi takkan nak biar sampai bila-bila jadi bermasalah?

That's a very fundamental problem.

P/S: Tetiba semangat nak kongsi hahaha. Thanks anyway sebab buka ruang dan peluang! May Allah bless :)

K.muhami said...

Ya. Tak dapat setuju lebih lagi.

Saya tertarik satu hal baru-baru ini, Marina Mahathir disanggah balik ketika ia mengkritik tentang cuti hari Jumaat yang tidak ada bukti jelas perlaksanaannya baik dari Quran atau Sunnah. Dalam sibuk menyanggah, penulis itu sempat membuat serang balas kepada Marina supaya mentadabbur ayat perintah wajib menutup aurat dahulu sebelum ingin mempertikai.

Saya jadi pening sekejap. Saya pikir, perh, begitu eksklusif sekali Islam "mereka"; hanya yang menutup aurat saja yang layak menyuarakan pandangan tentang Islam.

Terlalu obses dengan hukum, sampai jadi lupa seni beragama; seni kehidupan.

Kadang-kadang kesian jugak tengok Rosmah yang asyik kena attack rambutnya. Dah teruk kena lanyak gitu, saya ingat sampai bila-bila pun dia tak akan pakai tudung.

Pelik juga, dari menulis seputar filem "Muallaf", perkara lain pula yang jadi perbincangan. Hehe.

kaukabun said...

Pemikiran orang memang beragam sekali. Pemikiran adalah hasil daripada latar belakang pendidikan, persekitaran yang sangat mempengaruhi individu. Daripada segi konotasi, mungkin betul.

"Yang ada dalam Quran tak ikut pula!"

Tapi sangatlah tidak kena apabila melibatkan mereka yang mungkin tidak berlatar belakang agama.

Saya suka kalau pemikiran-pemikiran seumpama ini, samada pro dan kontra- tidak kita labelkan, pergh jumudnya, atau fuh liberal sey. Sebab, adakalanya ia betul tapi ia mesti letakkan pada tempatnya.

Islam, bilhikmah, letak sesuatu pada tempatnya. Pun, hidup ini perlunya variasi.

#Memang lari topik. Tapi sebenarnya bila fikir-fikir ada kaitan, sebab segala-galanya berpunca dari diri. Dalaman. Teringat kata Hamzah Fansuri, "mencari Tuhan di Kaabah, namun terjumpa di dalam hati."

Semuanya bermula dari pemikiran individu itu sendiri dan kewajaran dilontarkan pemikiran tersebut.

Life is a circle o:)