Wednesday, January 8, 2014

Dari Ana Ke Gua.

Gua rasa macam malas nak menulis. Jadi kali ni gua nak print screen sajalah perkara perkara yang bermanfaat untuk dikongsi. Islamis macam gua tak berani sangat nak guna akal lebih lebih. Takut terjerumus dan tersesat  malah menyesatkan orang lain pulak. 


3 comments:

kaukabun said...

Setuju yang paling bawah. Tapi tak semua boleh diadaptasikan sebenarnya. :)

Dalam bidang apa apa perlu kerangka ilmu. Kalau kerangka ilmu kita berdasarkan barat semata, walau tak bercanggah, ia masih dikira "tidak jujur dalam ilmu" sebab apa yang dari barat sebenarnya diadaptasi dari Islam.

Sekadar perkongsian.

K.muhami said...

Jangan risau, saya tiada kecenderungan eurocentric; menganggap segalanya yang datang dari barat adalah bertamadun dan canggih.

Yang lebih saya beratkan sebenarnya, sikap tradisi agamawan. Tidaklah tradisi sebenarnya; yang saya fokuskan lebih golongan haraki yang masih berwacana sekitar pandangan-pandangan cendikiawan zaman kolonial. Padahal,sesuatu pandangan atau ijtihad sendiri boleh berubah-ubah mengikut konteks masyarakat.

Dalam teks-teks usrah mereka, ada satu sikap yang cepat-cepat menolak segala yang datang dari "luar". Kita lebih bercita-cita menegakkan darul Islam, menegakkan hudud, siyasah syariyyah, menggubal undang-undang supaya terlihat 'islam' pada jasadiah dan sebagainya. Ide ini, kadang-kadang, datangnya dari sikap "kebencian" yang ketara kepada barat. Secara tak lansung, kebencian inilah yang diberatkan-beratkan lebih dari ingin membuat pengislahan kepada rakyat atau orang awam. Kita berceramah, berforum, berkuliah dengan nada penuh benci dan sinis, tapi kita melupakan konsep utama Islam yang penuh dengan kecintaan, keamanan, dan kerahmatan kepada seluruh dunia;tidak saja kepada umat Islam.

Sentimen-setimen seebgini, secara tak sedar, mewujudkan ketutupan dan tembok-tembok dari melihat suara-suara dunia yang lebih luas dan pelbagai.

Bukan tidak ada golongan agamawan yang progesif, terbuka, dan bersikap pertengahan. Cuma, pada apa yang saya lihat sekeliling saya, terutama lepasan Mesir, sentimen-sentimen inilah yang meresahkan. Belum lagi budaya pengajian mereka yang menekankan sikap 'holier than thou' sehingga kita tidak dapat memisahkan sosok-sosok figur yang suci dengan pemikiran-pemikiran yang boleh diperdebatkan. Di Mesir sendiri, contoh, pelajar-pelajar perubatan kadang-kadang memperlihatkan rasa hormat yang terlalu tinggi kepada pelajar pengajian Islam. Yang tidak hormat lansung pun ada saja. Cuma sikap memandang yang tinggi ini, bagi saya, sesuatu yang tidak sihat.

Masih boleh diperdebatkan secara jauh lagi, sebenarnya. Malah, dalam historikal keilmuan itu sendiri, masih ada perdebatan tentang tamadun mana yang mengambil ilmu dari tamadun siapa. Pandangan saya sendiri, manusia adalah ciptaan istimewa yang boleh merenung, mena'kul, dan mengambil pengalaman-pengalaman dari alam sekitar. Tidak timbul ilmu mana yang lebih kukuh dan berasas dari sesiapapun. Manusia yang hidup adalah manusia yang berfkir. Penterjemahan pemikiran memerlukan disiplin berfikir yang kritis; tidak sekadar mengambil secara literal dari teks-teks yang baku dan keras. Baik tamadun islam, Yunani, zaman pencerahan, kolonial, dan sebagainya.

Ya, saya menghormati pandangan awak untuk tidak bersetuju dengan saya. Kita boleh bersetuju atau tidak. Kalau nak memanjangkan lagi, atau ada ide-ide sendiri, silakan. Hujahkan. Juga, terima kasih atas komen.

"Ukhuwah fillah abadan abadan" - kah3 ayat ini retorika gedik semata mata.

helang timur said...

Panjangnya! Bagus, pembacaan yang komprehensif.

1. Pasal haraki, tak payah kat sana, kat sini pun gelombang mereka dah terasa. Sesetengahlah (mungkin) yang sangat menjaga ketradisian ilmu sehingga tak boleh kawan dengan orang yang berbeza. Dalam persatuan juga, entahlah, kami pelajar tempatan sangat tak berpuas hati dengan cara kerja mereka yang terlampau berhati-hati. Bila tak kena sikit, keluar dalil. Paling ingat, masa nak lantik jadi ketua je pun, jenuh keluar maqasid syariah bagai. Kalau tak nak, tolak ajelah. Apa susah! Tak paham.

Tapi dari segi keilmuan, kekaguman pada mereka dan anda sangatlah tinggi. Berbanding dengan kami, menekuni kitab terjemahan dan fotokopi adalah sangat rendah rasanya zouq ilmu berbanding dengan yang mengaji ilmu kitab kuning, kitab thurath, atau sumber primer yang agung! Pernah ada seorang kawan memberitahu, ada seorang pelajar azhari mampu memberitahu setiap muka surat, bab kitab yang dipelajari. *Sangat pergh*

Rasanya benda ni lebih kepada kekurangan dan keistimewaan individu. Ada sesetengah isu yang mereka syadid, ada sesetengahnya moderat sahaja.

Nak hilangkan dari sikap menolak benda luar ni, mudah, bergaullah dengan semua orang, dan jangan taksub dengan ilmu sendiri sampai tak boleh nak adapt pendapat dan pemikiran siapapun.

2. Tak tahu sangat pasal historikal keilmuan, cumanya apa yang saya dapat dan benda itu sangat mengesankan. Cuma kesedaran peribadi, untuk membingkaikan, menjadikan keilmuan Islam sebagai dasar untuk melakukan apa-apa kajian. Memang ilmu Barat, Yunani sendiri hebat, ada ilmu tersendiri, tapi saya dididik untuk ambil kerangka Islam sebagai acuan membentuk masyarakat. Sebab yang tipikal lagi klise adalah; kerana kalau bukan kita, siapa lagi?

Sekian, ayat mudah saya.